Tiga hari yang lalu genaplah usia saya yang ke-26. Saya bersyukur kerana Tuhan telah menganugerahkan saya keluarga yang penyayang, kesihatan yang baik dan kehidupan yang bahagia. Sedar tak sedar, sudah 26 tahun saya berada di dunia ini. Walaupun belum kesemua impian saya tercapai, tetapi saya tetap bersyukur kerana hidup di negara yang aman dan damai ini. Apabila saya melihat keadaan di China dan Myanmar, saya benar-benar bersyukur kerana negara ini tidak mengalami situasi seperti itu dan saya berharap agar keadaan itu tidak akan terjadi di Malaysia. Kebiasaannya, setiap kali menyambut harijadi saya, saya akan membelikan sesuatu untuk diri saya di mana pada tahun ini saya telah membeli sepasang kasut idaman saya. Namun demikian, saya berasa tidak puas kerana impian saya sejak saya berusia 21 tahun masih belum tercapai. So, pada tahun ini, saya benar-benar berharap agar impian saya itu akan tercapai.
Sebenarnya, saya pernah memasang angan-angan bahawa apabila saya telah berkahwin nanti, saya tidak ingin bekerja dan ingin menumpukan perhatian pada keluarga saya. Ini mungkin disebabkan oleh zaman kanak-kanak saya di mana kedua ibu bapa saya sibuk mencari nafkah untuk mencari wang bagi menampung kehidupan kami (saya bersyukur kerana kedua ibu bapa saya benar-benar menyayangi dan mencintai kami adik-beradik sehingga sanggup berkorban apa sahaja untuk kami) sehinggakan kadang-kadang tidak berkesempatan bersama-sama kami. So, dipendekkan cerita, saya ingin mencari satu formula untuk para isteri-isteri dan ibu-ibu agar mereka masih mampu mencari wang tanpa mengorbankan masa untuk bersama-sama anak-anak mereka. Saya akui, terdapat banyak cara untuk melakukan hal yang demikian, tetapi, adakalanya, sekiranya kita tersilap langkah, cara-cara tersebut lebih banyak mengeluarkan wang daripada menghasilkan wang. Sehingga kini, saya masih gagal mencari formula tersebut dan saya berharap, sebelum usia saya masuk ke angka 30 (saya mensasarkan usia tersebut baharu saya ingin berkahwin), saya berjaya mencari formula tersebut. Bukan sahaja untuk diri saya, tetapi, untuk isteri-isteri dan ibu-ibu yang lain ;-p
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Tags: Mariena's Diary // Add Comment »