Mariena’s Diary [No.7]

Salam sejahtera. Sudah agak lama saya tidak menulis sebarang post ;-) kerana saya agak sibuk akhir-akhir ini di samping cuba menyesuaikan diri dengan perniagaan offline saya. Saya percaya ramai di antara kita sering mengatakan bahawa diri kita sibuk tetapi pernahkah anda terfikir “Apa jugak yang kita sibukkan sedangkan setiap peribadi kita mempunyai masa yang sama iaitu 24 jam sehari?”. Hal ini turut terjadi kepada diri saya sendiri memandangkan pada masa ini, saya masih baharu dalam perniagaan offline ini dan memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan keadaan perniagaan. Di sinilah pentingnya pengurusan masa yang baik. Saya mula melibatkan diri dengan perniagaan ini sejak sebulan yang lalu. Dalam masa sebulan ini, banyak yang telah saya pelajari terutama sekali dalam pengurusan masa. Memandangkan perniagaan ini memerlukan saya mencari prospect dan bakal client yang berminat dengan produk yang saya tawarkan, saya perlu mencari prospect dan bakal client seramai yang mungkin. Adakalanya, sehingga jam 9 malam pun saya masih berada di luar. Sampai ke rumah, saya perlu membuat kerja-kerja rumah dan menyiapkan diri untuk perniagaan keesokan harinya. Sekiranya mereka berminat, saya akan mendapat komisen dan sekiranya tidak, sekurang-kurangnya saya mendapat kawan baharu :-) Oleh kerana itu, saya amat mementingkan pengurusan masa yang baik. Memang pada mulanya saya berasa penat tetapi melihat kepada hasilnya sekarang, saya berasa sangat gembira dan puas hati ;-)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Discussion Area - Leave a Comment