Anak-Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Hidup
Salam sejahtera. Pada hari ini saya ingin sharekan mengenai satu artikel yang saya baca dan menarik perhatian saya dalam buku Tenghilan Youth Day (satu program belia yang diadakan di kampung saya pada 29 Februari hingga 2 Mac 2008). Artikel ini bertajuk anak-anak belajar dari apa yang mereka hidup oleh Dorothy Law. Ianya mengenai bagaimana cara didikan ibu bapa mempengaruhi sikap / peribadi anak-anak mereka. Artikel tersebut adalah seperti berikut:-
Jika kanak-kanak hidup dengan kritikan
Mereka belajar mengamuk
Jika kanak-kanak hidup dengan permusuhan
Mereka belajar melawan
Jika kanak-kanak hidup dengan kekesalan
Mereka belajar berasa kasihan ke atas diri sendiri
Jika kanak-kanak hidup dengan ejekan
Mereka belajar berasa malu
Jika kanak-kanak hidup dengan galakan
Mereka belajar keyakinan diri
Jika kanak-kanak hidup dengan toleransi
Mereka belajar kesabaran
Jika kanak-kanak hidup dengan penerimaan
Mereka belajar mencintai
Jika kanak-kanak hidup dengan kebenaran
Mereka belajar menghargai / menyukai diri mereka
Jika kanak-kanak hidup dengan pengiktirafan
Mereka belajar membuat target
Jika kanak-kanak hidup dengan perkongsian
Mereka belajar kemurahan
Jika kanak-kanak hidup dengan kejujuran
Mereka belajar kebenaran
Jika kanak-kanak hidup dengan adil
Mereka belajar keadilan
Jika kanak-kanak hidup dengan kebaikan dan pertimbangan
Mereka belajar menghormati
Jika kanak-kanak hidup dengan keselamatan
Mereka belajar mempercayai diri mereka dan kawan-kawan mereka
Jika kanak-kanak hidup dengan ramah mesra
Mereka belajar bahawa dunia adalah baik untuk dihuni
Menarik bukan
Sekiranya anda merupakan seorang yang bergelar ibu atau ayah, yang manakah satu cara didikan yang anda terapkan?






























