Pentingnya Berpuasa
Salam sejahtera. Sudah agak lama saya tidak menulis sebarang post dalam website ini. Kadang2 timbul rasa rindu untuk menulis tetapi memandangkan saya agak sibuk menguruskan hal2 peribadi dan perniagaan saya, jadi saya terpaksa berhenti seketika untuk menulis dalam website ini. Pada hari ini, saya ingin sharekan mengenai KEBAIKAN BERPUASA. Mungkin ramai di antara kita yang berpendapat bahawa berpuasa hanyalah salah satu cara untuk menunaikan kewajipan agama tetapi tahukah anda bahawa aktiviti berpuasa boleh membuang racun (atau lebih dikenali sebagai toksin) dalam badan kita?
Sebenarnya, makanan yang kita makan bukan sahaja mengandungi zat-zat yang baik, tetapi dalam masa yang sama ia juga mengandungi berbagai jenis racun yang berbahaya pada tubuh kita. Memang secara semula jadi, tubuh kita melakukan detoksifikasi setiap hari, tetapi kita juga boleh meningkatkan dan melakukannya melalui berpuasa. Di antara manfaat2 yang kita perolehi adalah:
- Detoks (berpuasa) membantu mencegah pelbagai penyakit kerana melalui detoks, daya tahan tubuh menjadi lebih baik;
- Jika anda mengalami sakit yang ringan2 seperti pening, batuk dan selesema, anda boleh melakukan detoks (berpuasa) untuk membantu mempercepatkan penyembuhannya. Sekaligus, anda dapat mencegah penyakit berulang; dan
- Detoks (berpuasa) membuat anda lebih awet muda. Anda bukan sahaja kelihatan lebih muda, tetapi menjadi lebih muda.
Sumber: Majalah Wanita Bil: 1265






























