Entries Tagged as 'Pengurusan Kewangan'

Senaraikan…

Salam sejahtera. Ramai di antara kita yang suka membelanjakan wang kita untuk membeli benda-benda yang kurang berfaedah (termasuk diri saya sendiri). Di sini, saya ingin memberi satu cara yang berkesan untuk mengatasi masalah ini iaitu menyenaraikan benda-benda yang perlu anda beli. Cara ini telah saya praktikkan semenjak saya berada di kolej lagi dan ia benar-benar berkesan ke atas diri saya. Apa yang saya lakukan ialah setiap kali saya keluar shopping bersama rakan-rakan mahupun sepupu-sepupu saya, sebelum melangkah keluar dari rumah, saya telah setkan (di minda atau di atas kertas) benda-benda yang perlu dan akan saya beli. Cara ini walaupun nampak mudah, tetapi amat sukar untuk dilaksanakan, namun, saya percaya seperti diri saya, anda mampu melaksanakannya. Cubalah… ;-)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Pengurusan Kewangan Yang Baik

Salam sejahtera. Saya percaya ramai di antara kita yang mempunyai masalah untuk menguruskan kewangan kita dengan baik dan sistematik (termasuk diri saya sendiri). Oleh kerana itu, saya telah melakukan penyelidikan (melalui internet) tentang cara-cara terbaik untuk mengurus kewangan kita dengan baik dan sistematik. Berikut adalah hasil penyelidikan yang telah saya lakukan:-

Selidiki Jumlah Pendapatan dan Perbelanjaan Kita - Perkara pertama yang harus kita lakukan ialah membuat pengiraan dan penyelidikan tentang jumlah sebenar pendapatan yang kita perolehi serta jenis dan jumlah perbelanjaan yang kita lakukan (dalam sebulan). Setelah membuat pengiraan dan penyelidikan tersebut, pastinya kita akan dapat melihat bahawa adakalanya kita menggunakan wang tersebut untuk kegunaan yang tidak atau kurang memberi manfaat kepada kita (seperti membeli rokok, majalah hiburan, baju berjenama, handphone baru dan sebagainya). Adakah anda ingin mengubahnya?

Pecahkan Jumlah Pendapatan dan Perbelanjaan Tersebut Mengikut Kepentingan - Sekiranya anda ingin mengubah corak perbelanjaan anda, anda haruslah memecahkan jumlah pendapatan dan perbelanjaan anda mengikut kepentingan. Berdasarkan kajian yang telah saya laksanakan, perkara pertama yang harus anda laksanakan setelah anda menerima gaji anda adalah menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda. Setelah itu, barulah anda gunakan duit gaji anda selebihnya untuk perbelanjaan sara hidup (seperti membayar sewa rumah, bil elektrik, bil air, bil telefon dan sebagainya). Kemudian, barulah anda menggunakan duit anda untuk membayar hutang (seperti hutang kad kredit, hutang PTPTN, hutang kereta, hutang motor, hutang rumah dan sebagainya).

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb